Monday, May 7, 2007

Buat Nur Kasih

NUR KASIH

Bagaikan permata di celahan kaca,
Kerdipnya sukar untuk dibezakan,
Kepadamu Tuhan kupasrah harapan.
Moga tak tersalah pilihan..
Nur kasihmu mendamai di kalbu,
Jernih setulus tadahan doamu,
Rahmati daku dan permintaanku,
Untuk bertemu di dalam restu...

CO Kurniakan daku sri kandi,
Penyejuk di mata penawar di hati,
Di dunia dialah penyeri,
Di Syurga menanti dia bidadari..
Kekasih sejati teman yang berbudi,
Kasihnya bukan keterpaksaan,
Bukan jua kerana keduniaan,
Mekar hidup disiram Nur Kasih
Ya Allah
Kurniakanlah kami isteri dan zuriat yang soleh,
Sebagai penyejuk mata...

Ulang CO

Seandai dirinya tercipta untukku,
Relaku menjadi miliknya..